Need Help?

Malaysia's #1
Health Forum

Adakah gerd boleh menyebabkan batuk sekiranya berlaku nasal drip?

Answered by: Dr Ramzdhan

Last Updated: May 2, 2020 8:32 AM

Anonymous 8 months

Saya batuk tapi tidak lah teruk cuma ia akan hilang
apabila saya muntah.Memandangkan sekarang bulan
puasa,saya juga kadang2 terasa cecair masam naik ke
tekak,Apakah ubat yang sesuai untuk refluks asid,
saya juga telah mengambil gaviscon dan ubat di
farmasi…

Dr Ramzdhan 8 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

Last Updated: Sat May 02 2020 08:32:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Pedih ulu hati dan kerap sendawa Saya wanita berumur 29 tahun… sejak pagi semalam, saya mengalami pedih ulu hati… sy jadi kerap sendawa dan rasa ingin muntah… kadang kadang pedih ulu hati terasa sehingga ke belakang dada Read more...
8 months
kayrolbest
Sesak dafas dan sakit bahagian keronkong Salam doc… Nak tanya… Tonsil saya dah berapa minguu x baiklpas tu badan saya mengalami. Angin yang teruk uk dan pedih ulu hati… Adakah tonsil dan penyakit laian 2 membuatkan saya sukar untyk bernafas?… Read more...
8 months
Anonymous
Penyakit apa tak tahu Saya lelaki berumur 32,lebih kurang 2minggu penyakit tonsil saya berlarutan, ditambah pulak dengan angin.sakit dada dan pedih ulu hati… Sy dah berjumpa dengan doc klinik kerajaan swasta dan hosp… Read more...
8 months
Anonymous
Gastric and cannot sleep well I am woman 25 years old, its already a week i cannot sleep properly… Sometimes cannot sleep, sometimes can sleep around 2 or 3 hours… My eyes really sleepy but i cannot fall into deep sleep… I a… Read more...
2 months