Malaysia's #1
Health Forum

Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan

Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Last Updated: April 13, 2020 2:37 AM

Anonymous 6 months

Doktor, sekiranya asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Ubat apa yg boleh kita ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

Last Updated: Mon Apr 13 2020 02:37:29 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Kelaparan melampau, adakah menjadi simptom penyakit? Saya wanita berumur 35 tahun. Sebelum ini mengalami gastrik (pedih perut & GERD), namun kebelakangan ini (dalam lebih kurang sebulan lalu), sakit perut gastrik masih ada, namun lebih kerap menga… Read more...
45 days
Anonymous
Sakit jantung dan sukar tidur malam Ayah saya berumur 62 tahun dan mempunyai penyakit jantung.ayah saya tidak boleh tidur setiap malam/ siang. Dah nak masuk 2 minggu lebih. Disebabkan kerana bahagian belakangnya berasa panas (dala… Read more...
5 months
Anonymous
Tekak loya , perut masuk angin Doctor , saya berumur 28 tahun. Setiap kali makan pedas atau tak pedas perut saya akan rasa mual di tekak perut seperti masuk angin. Read more...
6 months
Anonymous
Berasa tercekik dan sering sendawa Saya wanita berumur 24 tahun. Saya berasa tercekik di tekak dan sering sendawa apabila minum air. Perkara ini telah berlaku selama sebulan lebih. Saya berasa sangat tidak selesa oleh kerana rasa… Read more...
6 months
Anonymous
Sering semdawa ada benda ditekak hello doc saya nak tanya masalah saya saya rasa takut untuk makan kerana selepas makan saya sering sendawa dan merasa ada benda dekat tekak saya terasa ada benda tersekat dan setiap hari untuk t… Read more...
6 months
Ask Doctor For Free 10.10 Health Fest: RM10 off!