Anonymous

4 years

Berjaga waktu malam Dan tidur waktu siang

Sya nk bertnya mcm mana sya nk buat supaya sya dpt tidur waktu malam sbb sya hnya akan dapat tidur pada waktu pagi sahaja.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Berdasarkan keterangan diberikan, anda mengalami kesukaran untuk tidur waktu malam. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, gejala kesukaran untuk tidur malam ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya

  • tekanan dalam kehidupan seharian
  • jadual tidur yang tidak teratur
  • tabiat tidur yang buruk atau kurang selesa
  • ubat-ubatan

Namun begitu, gejala sukar untuk tidur juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan bantuan doktor seperti

  • kemurungan berat
  • gangguan saraf
  • penyakit dalaman

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

AdobeStock_293249695

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.