Anonymous
2 years
Covid 19 symptom - Shortness of breath
Sy disahkan positif covid 19 pada hari ahad, 9 may. Cuma, sy ingin tahu bagaimana untuk kenal pasti bahawa saya mengalami nafas pendek atau tidak? Sy juga mengalami sakit sendi seluruh badan, adakah ini merupakan salah satu simptom coronavirus?
2 years
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan COVID-19.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Gangguan sesak nafas biasanya dinilai apabila kadar pernafasan seseorang itu melebihi kadar normal. Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjutan oleh seorang doktor biasanya diperlukan untuk menilai kondisi sebenar pernafasan pesakit dan sekiranya rawatan susulan perlu diberikan.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk maklumat lanjut. Selain daripada itu, terus mengikuti arahan selanjutnya dari pihak KKM serta patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here