Malaysia's #1
Health Forum

Penyakit apa tak tahu

Answered by: Dr Ramzdhan

Last Updated: May 10, 2020 3:57 PM

Anonymous 5 months

Saya lelaki berumur 32,lebih kurang 2minggu penyakit tonsil saya berlarutan, ditambah pulak dengan angin.sakit dada dan pedih ulu hati… Sy dah berjumpa dengan doc klinik kerajaan swasta dan hospital… Mereka dah check paru2 saya jantung xda masalah… Yang saya musykil penyakit apa sebab kanag2 dibahagian kerokong saya sedikit sakit… Ada penyakit2 ni membuat saya sukar bernafas… Bila saya tgk google anaik seraam pulak? Mintak nasihat doctor

Dr Ramzdhan 5 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pedih ulu hati dan sakit pada kerongkong diikuti sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan:

  • Asid refluks (gastrik) lebih lebih lagi jika anda berpuasa. Asid yang naik hingga ke kerongkong akan menyebabkan keradangan pada tekak sehingga menyebabkan anda pedih tekak. Selain itu, asid ini juga menyebabkan tekanan pada dada sehingga menyumbang kepada masalah sesak nafas.
  • Masalah ulser perut - juga boleh berkait dengan ubat yang anda ambil
  • Masalah kurang penghadaman - akibat masalah asid lebih, atau masalah hempedu/pankreas

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Pada masa kini, anda boleh berhenti mengambil ubat ini dan menggantikan dengan ubat lain bagi masalah migrain anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Last Updated: Sun May 10 2020 15:57:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan Doktor, sekiranya asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Ubat apa yg boleh kita ambil? Read more...
6 months
Anonymous
Sakit jantung dan sukar tidur malam Ayah saya berumur 62 tahun dan mempunyai penyakit jantung.ayah saya tidak boleh tidur setiap malam/ siang. Dah nak masuk 2 minggu lebih. Disebabkan kerana bahagian belakangnya berasa panas (dala… Read more...
5 months
Anonymous
Sakit perut dan gerd Saya berumur 18 tahun bolehkah saya mengambil ubat lactulose ketika kena gerd Read more...
5 months
Anonymous
Gastrik gred dan pening kepala saya wanita 36an , sy mengalami sakit gastrik gred dan pening kepala yg melampau . dokter boleh bg tips cara elakkan sakit gred dan sakit kepala . terima kasih Read more...
5 months
Anonymous
Angin ataupun gastrik Saya perempuan berumur 23thn. Angin didlm perut, muntah2 & rasa loya serta sendawa sebelum & selepas makan pada mulanya. Esokkan hari sakit di bhgian ulu hati & dada. Bila lepas telan makanan, … Read more...
6 months
Ask Doctor For Free 10.10 Health Fest: RM10 off!