Anonymous

3 years

Berasa tercekik dan sering sendawa

Saya wanita berumur 24 tahun. Saya berasa tercekik di tekak dan sering sendawa apabila minum air. Perkara ini telah berlaku selama sebulan lebih. Saya berasa sangat tidak selesa oleh kerana rasa seperti ada sesuatu tersekat di tekak saya. Apa yang patut saya lakukan

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Refluks asid dari perut
  • radang pharynx
  • jangkitan virus common cold
  • Alahan
  • Postnasal drip
  • Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
  • Radang tonsil
  • Mononucleosis
  • Gonorrhea

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

batuk-kering

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.