Anonymous

3 years

Dada berdebar sejak 3 hari

Hi doktor, saya lelaki berumur 18 tahun dan saya telah mengalami dada berdebar sejak 3 hari ini. Saya jadi risau dan saya tidak dapat kenal pasti apa masalahnya sebenarnya. Kadang-kadang dia reda dan at the some times dia agak laju. Saya ada seorang perokok, namun sejak mula pkp dikuatkuasakan saya sudah kurang untuk merokok. Dan lagi satu, sekarang musim hujan dan bila saya sejuk saya akan berdebar dengan laju. Saya risau akan simptom atau masalah yang saya hadapi ini. Bolehkah doktor menjelaskan tentang penyakit saya ini ?

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala jantung berdenyut laju. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:

  • Masalah ritma jantung
  • Masalah hormon tiroid (sering diiringi dengan tangan bergetar, kuat berpeluh, dll.)
  • Masalah anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
  • Stress yang berlebihan
  • Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
  • Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
  • Gangguan otot dada

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.