Anonymous

4 years

Gastrik / Pedih ulu hati

Saya wanita berumur 30an. Saya mengalami masalah pedih ulu hati semenjak mengandung. Sekarang dah 4bulan bersalin pedih ulu hati saya datang kembali dan dada saya terasa pedih.Perlu ke saya refer ke mana-mana hospital untuk buat skop dalam perut. Saya breastfeeding boleh ke saya makan Gaviscon Double Action?

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, gejala pedih ulu hati akibat gERD ialah masalah yang sering dialami masyarakt umum. Pemeriksaan menggunakan skop tidak dijalankan kepada pesakit GERD melainkan mereka mengalami kesukaran menelan makanan, hilang berat badan mendadak dan sebagainya. Anda disarankan untuk:

  • tidak makan sebelum tidur
  • tidak minum minuman yang berkaffein
  • hilangkan berat badan jika berlebihan
  • kurangkan makanan pedas

wanita sedang menyusu boleh mengambil rawatan tersebut. Namun, sila ambik mengikut dos yang disarankan.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.

sakit-dada-sebelah-kiri

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.