Anonymous

4 years

Hingus berdarah dan kerap sakit kepala

Hi doc boleh saya tahu kenapa hidungus saya berdarah dan kerap sakit kepala sehinggakan mata saya pedih?

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Berdasarkan keterangan diberi, kami memahami anda mengalami masalah hidung berdarah/hingus berdarah dan kerap sakit kepala sehingga mata pedih. Kemungkinan kedua-dua simptom ini boleh berkait ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab hidung berdarah yang disenaraikan iaitu:

  • Mengorek hidung dengan ganas
  • Keradangan sinus (Sinusitis)
  • Resdung
  • Kecederaan pada hidung
  • Terhidu bahan-bahan kimia berbahaya
  • Mengambil ubat-ubat seperti aspirin, warfarin, dan NSAIDS.
  • Terlalu kerap menggunakan semburan hidung

Terdapat beberapa sebab sakit kepala sehingga pedih mata antaranya ialah:

  • Stress
  • Migrain
  • Sakit kepala kluster
  • Keradangan sinus (Sinusitis)
  • Kurang tidur
  • Jangkitan kuman

Jika kedua-dua simptom ini berkait, ia mungkin boleh disebabkan oleh:

  • Resdung
  • Selesma
  • Jangkitan sinus / Sinusitis
  • Dalaman hidung yang kering
  • Terlalu kerap menggunakan semburan pada hidung

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Terima kasih.

allergic-rhinitis

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.