
Anonymous
3 years
Sakit tekak, dada sakit di bahagian kanan, dada menjadi ketat dan nafas berbunyi
Assalamualaikum doktor, saya berumur 21 tahun. Selepas saya amik vaksin, dada saya menjadi ketat dan sakit di bahagian kanan, nafas saya berbunyi di sebelah kanan, tekak saya sakit dan berasa tidak selesa untuk menelan air liur. Apa masalah yang saya hadapi doktor?

3 years
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.