Anonymous

4 years

Telinga selalu berbunyi buih

Saya wanita berumur 17 tahun…semenjak 2 3 bulan yang lalu saya pernah mengalami gangguan telinga yang berbunyi seperti buih…dan selepas sebulan ianya terjadi kembali dan menggangu saya

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah telinga berbunyi anda dan kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, telinga berbunyi boleh disebabkan oleh perkara-perkara seperti yang berikut :

  • Pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat ataupun penggunaan earphone untuk tempoh yang lama
  • Masalah pada telinga seperti tahi telinga yang tersekat atau keras, jangkitan pada telinga, ataupun saluran Eustachian yang gagal berfungsi
  • Kecederaan pada kepala
  • Kesan sampingan sesetengah ubatan
  • Masalah kesihatan lain seperti anemia, hipertensi, atau masalah buah pinggang

Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan dirawat. Anda boleh menghubungi pakar ENT kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

darius-bashar-xMNel_otvWs-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.