Sulit
4 tahun
Batuk & hingus berdarah
Saya wanita dalam 20’an menghadapi masalah sakit tekak & selesema berpanjangan selama 4 hari dan hari ke-5, masih lagi selesema yang mana keluar cecair kuning bercampur darah & batuk keluar kahak kuning bercampur darah juga.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Hingus berdarah merupakan sebuah keadaan yang boleh terjadi apabila berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.
Antara punca utama berlakunya masalah ini ialah
- menghembus terlalu kuat
- cuaca persekitaran panas terik
- masalah jangkitan bakteria atau virus
- trauma kepada bahagian hidung
- pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Batuk berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah darah cair
- Jangkitan sistem pernafasan virus (Viral URTI)
- Batuk kronik sehingga menjejaskan saluran darah kecil menyebabkan batuk berdarah
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
Namun untuk menyelesaikan masalah anda, kami memerlukan maklumat tambahan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang rawatan yang diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih