
alynsue2
5 tahun
Cairan berwarna coklat
Sy wanita berumur 27 tahun dah baru sebulan berkahwin. Sebelum kahwin period sy tiap2 bulan dtg dan normal. Tak pernah senggugut. Last period sblm kahwin 2hb dec. Dan sy berkahwin pd 8 dec. Sy nak tya doc sepatotnya dlm bulan jan sy dah dtg bulan . Tp dah masok 3 mggu masoh belum period. Tapi sejak2 nie ade lendir atau cairan yg berwrna coklat keluar . Tp cairan tu tak keluar dgn kerap. Kdg2 shj. Sy nak tya adkah ini tnda2 sy akn period? Normal kah perempun lepas kahwin period dtg lewat? Mase seminggu lewat hari tu sy ade but UPT tp negative . Patot kah sy ulang semula test? Krn kdg2 sy berasa mual tp xmuntah. Breast pon sakit. Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Mungkin hasil negatif kerana kehamilan masih di tahap awal. Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.