Sulit
5 tahun
Cirit birit lepas makan pil lewat datang bulan
Doktor saya nak bertanya, saya 2 bulan lewat datang bulan. Saya ada beli pil Cina untuk datang bulan dikedai jamu, selepas makan dua biji saya cirit birit, tetapi haid masih tak mari. Apakah sebab itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Sekiranya haid anda lewat daripada 38 hari, ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Adenomiosis: iaitu keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi.
Kenali 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Merujuk kepada cirit birit, saya tidak dapat pastikan bahawa ia adalah disebabkan oleh pil cina / jamu tersebut memandangkan tidak jelas disini kandungan pil tersebut. Bagaimanapun, cirit birit boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- food poisoning
- alergi makanan
- penyakit usus seperti Crohn’s disease
Justeru, silakan rujuk doktor agar kedua keluhan anda ini dapat dievaluasi dan ditangani. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























