
Sulit
5 tahun
Darah period tidak keluar
Saya wanita berumur 27 tahun, sudah berkahwin 2 tahun, belum mempunyai cahaya mata, masih menanti kehadirannya, seorang suri rumah. Masalah saya adalah, haid saya tidak datang sehingga hari ini dari bulan lepas (januari). Tarikh sepatutnya saya haid 23 januari 2020. Tetapi haid saya datang seminggu awal 17 januari 2020 dan hanya keluar ketika buang air kecil sahaja, sangat sedikit. Berlarutan sehingga 4 hari sahaja. Saya risau kerana haid saya setiap bulan tepat pada tarikh dan normal. Kalau lambat atau cepat hanya sehari sahaja. 2 minggu lepas saya ada berjumpa doktor untuk scan. Doktor kata darah haid dalam rahim ada lagi dan doktor suruh saya tunggu sehingga darah jeluar sendiri. Tapi sudah sebulan haid saya lambat. Saya risau kerana haid saya normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Haid anda yang kini lewat ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi. Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Merujuk kepada darah yang keluar sewaktu kencing, kemungkinan besar ia bukanlah haid, tetapi adalah merupakan kencing berdarah. Kencing berdarah biasanya terjadi akibat kecederaan ataupun jangkitan saluran kencing. Justeru, saya berharap agar anda perhatikan sekiranya terdapat gejala tambahan terkait dengan masalah kencing seperti sakit ataupun pedih ketika kencing, sakit perut bawah, kencing panas dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.