
Sulit
4 tahun
Darah seminggu selepas haid
Saya wanita berusia 24 tahun. Mengalami keguguran pada minggu ketujuh 2 bulan lalu. Haid kembali teratur tetapi selepas seminggu haid pada cycle kedua, berlaku pendarahan. Rasa sakit tidak selesa pada hari pertama sebelum keluar darah. Mengikut kiraan darah keluar pada hari ke 15 cycle. Darah tidak seperti darah haid, tetapi menyerupai darah semasa keguguran sebelum ini. Adakah ini juga merupakan kuguguran atau aftermath kesan selepas keguguran 2 bulan lalu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.