Sulit
5 tahun
Mengalami masalah period lewat dekat 2 bulan
Saya wanita berumur 23 tahun. Belum berkahwin saya dah lewat period dekat 2 bulan. Simptom nak period dah ada tapi tak period jugak. Ada tak cara atau ubat untuk bagi period dan lancarkan semula period. Sebab saya bekerja. Emosi dan fizikal memang tak bermaya sangat. Kalau boleh suggestkan untuk saya apa perlu saya buat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah:
- Kurangkan berat badan
- Amalkan hidup dan pemakanan sihat
- Rujuk doktor jika mengalami masalah jerawat atau rambut pada wajah
- Tangani tekanan yang dialami dalam kehidupan seharian
- Rujuk doktor jika ambil pil perancang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























