
Sulit
5 tahun
Period agak awal, darah sangat sedikit, ambil pil perancang
saya wanita berusia 26tahun dan saya mengambil pil perancang. period saya tiba2 datang 5 hari awal sebelum tarikh yg sepatutnya. dan pil perancang saya masih belum habis untuk bulan ini. adakah ini normal? dengan keadaan darah period saya yg langsung tiada warna merah, hanya warna hitam coklat begitu dan sangat sedikit. tolong Bantu saya doc. tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haid yang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, sekiranya haid anda datang tidak kurang dari 24 hari dari hari pertama haid sebelumnya, maka haid anda masih dalam kitaran normal.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.