
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah dada
Saya Aishaa umur 14…lately ni saya x selalu sakit bawah dada…Sampai x boleh nk tegakkan badan…Kalau sakit tu 2-3 jam sakitnya…Dia selalu attack mengejut…Tapi saya memang ada asthma…N waktu kecik doc. pernah ckp yg saya ada masalah dgn jantung…Boleh saya tahu kenapa saya sakit dada tu…Kadang tgh stress pun sakit dia lagi kuat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit bahagian bawah dada. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Untuk megetahui punca sebenar masalah yang anda alami, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Memandangkan terdapat risiko penyakit yang berupa kecemasan dan membahayakan, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan, terutamanya jika ianya sangat mengganggu kehidupan harian anda.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam lagi, anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih