
Sulit
4 tahun
Sakit dada di sebelah kiri beberapa hari selepas kemalangan jalan raya
Hi dr, saya perempuan berusia 20 tahun. Saya terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa hari yang lepas. Selepas mendapat rawatan di hospital, dr di sana memberitahu keputusan xray baik2 saja dan saya dibenarkan pulang. Tetapi saya kerap merasakan sakit di bahagian dada kiri sekarang. Kesakitan itu datang apabila menarik nafas dalam, mengangkat barang berat sedikit dan saya jugak tidak boleh duduk dengan lama kerana berasa tidak selesa di bahagian badan (kalau duduk lama pun saya kena bersandar). Saya juga kadang2 berasa lenguh di bahagian lengan kiri, berdebar, dan sakit di belakang badan bahagian kiri apabila sakit dada itu datang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami anda bimbang akan simptom sakit dada selepas kemalangan. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berairbiasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Elakkan sakit jantung dari menyerang anda !
Sejarah kemalangan anda memberi sedikit maklumat sahaja tentang punca sakit dada. Sekiranya berlarutan atau semakin teruk sehingga beserta simptom sesak nafas, anda harus ke hospital dengan segera. Maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi.