
Sulit
4 tahun
Sakit dada yang mencucuk tiba-tiba
Saya wanita berumur 24 tahun. Pada bulan 9 tahun lepas, saya kena denggi dan telah sembuh. Tapi saya mengalami pace jantung laju (tachycardia) dan Dr. masih dalam proses mencari punca jantung laju tersebut kerana saya tak mengalami sakit apa2. Akhir-akhir ini, Saya sering mengalami sakit dada mencucuk yang tiba-tiba dan hilang. Sejak semalam sakit dada tersebut semakin kerap dan menyebabkan saya panic dan overthinking. Walaupun sakit telah hilang saya masih dalam keresahan jika sakit tersebut kembali. Rasa resah tersebut juga membuatkan saya takut untuk tidur jika saya terkena sakit jantung.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap sakit dada yang anda alami selalunya secara tiba tiba dan kini sakit dada itu menjadi lebih kerap.
Anda kini juga berasa resah kerana risau ini adalah penyakit jantung. Kami sarankan anda bertenang kerana penyakit jantung jarang menyerang individu yang muda seperti anda.
Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Anda juga disarankan berjumpa dengan kaunselor kerana masalah kebimbangan yang berlarutan boleh mempengaruhi kesihatan mental anda.
Kami harapkan yang terbaik untuk anda!
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi