
Sulit
4 tahun
Selepas makan nicorette gum badan menjadi lemah
Hai doktor…saya nak tanya…selepas saya makan nicorette gum badan saya menjadi lemah…adakah itu normal.?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah lemah badan secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Kurang minum
- Kurang tidur
- Kurang istirahat
- Anemia (penyakit kurang darah)
- Kurang makanan berkhasiat
- Kadar gula rendah
- Hipotiroid (Penyakit kelenjar tiroid kurang aktif)
Antara kesan sampingan gum nikotin ialah:
- Sakit/ ulser mulut
- Sedu
- Ketidakhadaman
- Sakit rahang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.