snurnazurah
4 tahun
Simptom penyakit jantung
Hello doktor…saya wanita berumur 29 tahun…kebelakangan ini saya mengalami beberape gejala antara nya
1.sakit dada…tarik nafas rasa sakit bawak ke belakang
2.Sakit belakang dari tengkuk hingga ke belikat kiri dan kanan, kadang2 sampai ke lengan
3.Tangan rasa semut2
4.rasa berdebar,jantung seperti berdegup laju
5.tekak rasa ketat,kering
6.rasa mual,loya dan tak ada selera makan…juga kerap sendawa
7.Otot dan sendi pun sakit2 terutama di betis dan jari2
8. Bila gejala datang,rasa sangat tidak selesa,seram sejuk
9.vision pulak semakin kabur…saya seorang berkaca mata…juga kadang2 sakit kepala terutama di bahagian depan kening
Pada pandangan doktor macam mana?apa procedure yang saya perlu ambil untuk mengetahui permasalahan sakit yang saya alami… bertanya sebagai persediaan…terima kasih doktor
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada seorang wanita muda (<30-an) serta keluhan lain yang anda rasakan biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantungataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada wanita muda dengan keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!