
Sulit
4 tahun
Terasa tendang d tengah dada atau pun rasa cucuk yg tidak sakit
sy lelaki berumur 55 tahun. sejak 2 minggu ni d tengah dada sy ada satu rasa seperti tiba tiba ada satu tendangan d tengah dada dlm 1 saat…kadangkala berlaku 2 kali sehari…sy telah membuat test ecg dan mendapat keputusan jantung normal…kolestrol sy adalah tahap yg rendah manakala tekanan darah pun terkawal & sy tidak mempunyai kencing manis…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kerisauan anda. Namun, lebih maklumat diperlukan untuk membuat sebarang kesimpulan. Lebih-lebih lagi anda telah berjumpa dengan doktor lain dan melakukan pemeriksaan. Berdasarkan kenyataan anda, semua ujian yang dijalankan berkeputusan normal. Oleh itu, anda boleh legakan diri anda buat masa ini. Sebagai info tambahan, berikut merupakan punca-punca sakit dada yang lazim:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi