Sulit
3 tahun
3 minggu lepas saya ada buat ecg dan xray sbb jantung saya laju dan nafas saya laju tapi result dua2 normal jadi doktor bagi ubat gastrik dan ubat angin sbb kerap sendawa
salam, saya perempuan umur 22 tahun. saya seorng pelajar. dalam 2 hari ni saya bangun tidur rasa dada berat dan nafas pendek. lepas yg 3 minggu saya buat ecg dan xray tu saya berjumpa doktor lagi sbb sendawa saya tak hilang. dr bagi ubat motidom dan pantoprazole utk gastrik. ubat panto saya habiskan sbb dr suruh. saya punya sendawa pun dah kurang kerapnya. tapi baru2 ni bila bgn tidur je rasa dada berat mcm kena himpit. saya bernafas pun jadi kuat sbb rasa mcm tak sampai. kadang2 tarik nafas rasa sakit2. nak berckp pun termengah mengah. ada 1 hari tu kaki saya lenguh. bangun pagi je badan rasa sejuk. belakang saya sakit. bahagian tulang rusuk atas belah kanan bawah collorbone ni saya perasan ada timbul. tapi belah kiri tiada. kalau tekan terasa sakit sikit. berat badan saya pun turun 4kg sepanjang masa ni. adakah ni disebabkan stress? atau penyakit lain?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.