Sulit
4 tahun
Kolestrol Jahat di dalam badan
Adakah dengan berjogging dapat mengurangka kolestrol jahat dalam badan?
Apakah cara lain untuk mengurangkan mengurangkan kolestrol jahat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kolesterol jahat (LDL) dapat meningkat apabila seseorang mempunyai genetik tersebut, pada orang gemuk (obesiti), akibat pemakanan tinggi lemak serta penyakit-penyakit yang tidak terkontrol seperti diabetes (kencing manis), masalah hormon tiroid serta penyakit dalaman seperti masalah hati dan buah pinggang. Justeru, bagi menurunkan kolesterol jahat di dalam tubuh, anda digalakkan untuk
- Merujuk doktor dan mengenal pasti masalah kesihatan diatas agar dapat ditangani
- Menurunkan berat badan sekurang-kurangnya sehingga BMI berada di paras normal
- Kurangkan pengambilan lemak dalam diet
Namun, harus diingatkan bahawa dalam menawal kadar kolesterol tubuh, kolesterol baik (HDL) juga tidak boleh dilupakan. Dalam kes kolesterol baik, ia harus ditingkatkan dan bilangannya ditambah agar kolesterol total tubuh berada didalam batas normal. Antara hal yang boleh dilakukan bagi menambah kolesterol baik adalah:
- Berhenti merokok
- Mengurangkan berat badan
- Rutin melakukan senaman
Justeru, bagi merawat dan mengenalpasti masalah penyakit dalaman serta untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.