Sulit
4 tahun
Risau dijangkiti hiv
Sy wanita berumo 30an… 2 tahun lps sy pernah kene bengkak di kemaluan sy dn kencing sakit…suami sy terjangkit dr sy…lps bt rawatan doc kami ok… dn sy bt ujian darah hiv kptsan non reactive… dn setahun yg dtg kami dijangkiti lg…dn sudah membuat rawatan doc… dn sy dh buat ujian darah hiv 6 bulan skli… kptsan non reactive…skrg sy risau adakah penyakit itu blh berulang lg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak dan kencing sakit pada kawasan kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Penyakit yang anda hadapi diatas adalah berbeza dengan HIV yang mana HIV adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan penurunan sistem imun yang tersebar melalui pertukaran cairan tubuh seperti sewaktu berhubungan seksual dan berkongsi jarum suntikan dengan penghidap HIV.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.