
Sulit
5 tahun
Sakit dada berlarutan tanpa sebab diketahui
Saya wanita berusia awal 30an. Dalam 5 bulan lepas, saya mengalami sakit dada bahagian tengah dengan rasa menekan. Saya telah dirujuk kepada pakar kardiologi oleh kecemasan hospital. Namun, temujanji untuk exercise stress test dan echocardiogram adalah beberapa bulan lagi. Sehingga kini saya masih rasa kurang selesa pada dada saya. Ini adalah result ECG saya semasa saya mula sakit dada.
Dxt. 5.5
ECG x1,x2, x3 Twave inversion in lead lll
v1-v3 (no evolving changes)
Boleh Dr. bantu jelaskan serba sedikit mengenai ini. Saya agak khuatir dan bimbang dengan keadaan kesihatan saya yang sedikit sebanyak mengganggu kualiti hidup dan kerja saya. Diharapkan Dr. dapat memberikan penjelasan mengenai masalah saya ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada seorang wanita muda (30 tahun) biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada wanita muda dengan keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Merujuk kepada hasil ECG anda, yang lain kelihatan normal, kecuali Twave inversion di lead III. Sebetulnya keadaan ini adalah dapat bervariasi daripada yang normal sehingga ke masalah-masalah seperti:
- Gelombang T juvenil persisten
- Iskemia ataupun infark
- Bundle branch block
- Penebalan ventrikel
- Embolisme paru
- Kardiomiopati
- Peningkatan tekanan intrakranial
Tanpa melihat kepada diagram ECG tersebut, kami tidak dapat menilai tahap keparahan gelombang T anda. Justeru, sekiranya anda merasa sakit di dada yang semakin kuat dan berat, segeralah berkunjung ke unit kecemasan. Temujanji untuk stress test dan echocardiogram hanyalah untuk pemeriksaan lanjut kondisi anda. Patuhilah arahan pengubatan dan kenalpasti gejala merbahaya yang terkait dengan kondisi anda.
Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.