Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada sebelah Kiri Dan susahu untuk bernafas

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 27, 2020 3:44 AM

Sulit 59 hari

Dada sebelah Kiri terasa sakit Dan susah untuk bernafas seperti biasa…

Dr Sashini Seeni 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami anda bimbang akan simptom sakit dada sehingga sukar bernafas anda. Simptom-simptom ini merupakan kecemasan dan anda harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:

  • Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
  • Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
  • Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang

Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:

  • Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
  • Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
  • Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
  • Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berairbiasanya akibat masalah jantung
  • Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.

Elakkan sakit jantung dari menyerang anda !

Maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi.

Dikemaskini pada: Sun Sep 27 2020 03:44:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Sakit bahu belakang, dan dada Saya sering jadi sakit macam lenguh lenguh bahagian tengkuk dan bahu blakang terutama bila bangun pagi dan sakit berlarutan beberapa hari. rasa sakit bila nak pusing badan dan kepala. Keadaan in… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Sakit jantung tiba tiba Saya remaja berumur 21 tahun, saya tiba tiba mengalami sakit dada di bahagian tengah. Ini kali pertama saya mengalami sakit dada tiba tiba sebegini. Boleh saya tahu punca dan rawatan serta kesan… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Jantung Berdegup laju dan rasa nk pitam 0 Hasil carian untuk Hasil carian untuk Doktor sya nak tnya…saya sering rasa degupan jantung sy laju walaupun ketika tidur… Klau pergi ke mana mana bila jantung berdegupa laju saya rasa sukar be… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sakit Dada Kiri Bila Pusingkan Badan Ke Kiri Saya lelaki berumur 24 tahun, ada penyakit asma dan gastrik. Saya ada masalah sakit pada dada kiri bila pusingkan badan kearah kanan. Bila statik tak sakit. Bila pusingkan badan rasa sakit di da… Baca lagi...
44 jam
Sulit
Sakit dada berdenyut2 ikut denyutan jantung Saya berumur 42 thn. Dada saya akn berasa sakit berdenyut bila saya baring mengiring ke kanan. Tiada sesak nafas. Overweight 63kg. Sblm ini berat badan saya 65kg. Adakah ini tanda awal jantun… Baca lagi...
15 hari