Anonymous

4 years

Kerap sendawa,sakit dada,sesak nafas,rasa ada sesuatu di kerongkong

saya berumur 21 tahun,sejak beberapa minggu lalu,sy kerap sendawa,kadang - kadang sakit dada dan sukar bernafas dan merasa ada sesuatu di kerongkong,blh sy tahu doktor penyakit apa yg saya alami.Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan anda. Antaranya:

  • GERD
  • anemia
  • pneumonia
  • serangan sakit jantung
  • asma

Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda. Ubat PPI memerlukan preskripsi doktor. Oleh itu, sekali lagi, berjumpa dengan doktor merupakan alternatif seterusnya sekiranya langkah diatas gagal.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

stomachache

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.