Anonymous

3 years

Rawatan gerd dan keupayaan produk GO-LAC GASTROVENGER

Salam sejahtera doktor… Sya nak tanye… Sya ade penyakit asam lambung… Mulut sya slalu masam dan kadang2 rasa pedas, pedih di kerongkong dan tulang dada sya sakit… Kadang2 sya ade rasa mual dan batuk apabila nak bersendawa…soalan nya, adakah penyakit sya ni simtom simtom penyakit GERD? Dan boleh kah GERD disembuhkan dengan produk produk online seperti GO-LAC GASTROVENGER? boleh doktor bagi jawapan penuh tak dengan pertanyaan sya ni… TERIMA KASIH…

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang supplemen namun terdapat antacid yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

stomachache

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.