
Anonymous
4 years
Selsema telinga tersumbat
Adakah telinga tersumbat ketika selsema ia normal atau tak sy x pernah rasa telinga sumbat dua belah telinga ni first time

4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala telinga sumbat pada kedua-dua pasang telinga ketika selesma. Untuk makluman anda, simptom-simptom tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Oleh itu, jawapan kami hanya adalah keterangan am mengenai masalah yang anda alami.
Selalunya,telinga yang tersumbat adalah disebabkan oleh penyakit bahagian hidung atau selesma yang boleh merebak ke tiub salur eustachio, iaitu sebuah organ yang memberi mengawal tekanan dalam kawasan gegendang telinga. Terdapat beberapa sebab telinga tersumbat ketika selesma iaitu:
- Alahan sinus yang merebak ke salur tiub Eustachio
- Jangkitan kuman
- Penyakit resdung
- Penyakit keradangan sinus (Sinusitis) atau hidung (Rhinitis)
- Kanser nasofaring
Bagi mengurangkan gejala tersebut, anda boleh mencuba:
- Ubat resdung
- Basuh hidung dan keluarkan hingus
- Elak kawasan yang terlalu kering
- Jauhi dari bahan yang boleh menyebabkan alahan
- Kurangkan merokok dan bahan kima yang lain
- Minum air banyak, terutamanya ketika waktu petang.
Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda serta simptom-simptom lain bagi mengenalpasti masalah anda dengan tepat. Oleh itu,nda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda boleh, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.