Anonymous

4 years

Sukar untuk tidur malam (insomnia)

Saya wanita Umur 29 Tahun, saya mengalami masalah untuk tidur malam (insomnia).

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Untuk makluman anda, insomnia adalah perkara umum yang boleh mengganggu aktiviti harian. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah insomnia. Antaranya adalah:

  • Menjalankan rutin yang aktif atau senaman harian
  • Menetapkan waktu tidur serta bangun yang konsisten
  • Elakkan tidur pada waktu siang
  • Elak atau kurangkan pengambilan kafein atau nikotin
  • Memastikan suasana bilik tidur selesa dan bersih
  • Elakkan penggunaan gajet elektronik 30 minit sebelum waktu tidur
  • Elakkan makan dalam kuantiti banyak sebelum tidur

Bagi sebarang pertanyaan lanjut kami sarankan merujuk doktor anda atau bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

happy%20yoga

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.