Malaysia's #1
Health Forum

Tekak loya , perut masuk angin

Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Last Updated: April 22, 2020 8:00 AM

Anonymous 6 months

Doctor , saya berumur 28 tahun. Setiap kali makan pedas atau tak pedas perut saya akan rasa mual di tekak perut
seperti masuk angin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Merujuk kepada gejala sakit perut berangin, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
  • Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
  • Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
  • Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut

Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:

  • tinggikan posisi kepala saat tidur
  • kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
  • kurangkan makanan pedas
  • bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
  • elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
  • berhenti merokok

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Last Updated: Wed Apr 22 2020 08:00:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Sering semdawa ada benda ditekak hello doc saya nak tanya masalah saya saya rasa takut untuk makan kerana selepas makan saya sering sendawa dan merasa ada benda dekat tekak saya terasa ada benda tersekat dan setiap hari untuk t… Read more...
6 months
Anonymous
I’m having acid reflux that caused sore throat. Therefore I’m taking a medicine name May i know will " Omeprazole " caused you to feel hungry even after u just took ur meal ? Read more...
4 months
Anonymous
Adakah penyakit gerd berbahaya jika tidak dirawat Dokter, adakah penyakit GERD membahayakan nyawa jika tidak dirawat? Read more...
5 months
Anonymous
Loya Dan sendawa buih Saya wanita dah berkahwin… berumur 31 tahun … sy bersama suami 3 Hari lepas Dan sy mengalami loya Dan Rasa Tak selesa di bahagian ulu Hati Dan merasa tidak selesa ketika menelan air liur … kadan… Read more...
29 days
Anonymous
Kelaparan melampau, adakah menjadi simptom penyakit? Saya wanita berumur 35 tahun. Sebelum ini mengalami gastrik (pedih perut & GERD), namun kebelakangan ini (dalam lebih kurang sebulan lalu), sakit perut gastrik masih ada, namun lebih kerap menga… Read more...
37 days
Ask Doctor For Free 10.10 Health Fest: RM10 off!