Anonymous

3 years

Abnormal Femur Length (Baby)

Salam sejahtera.

Saya ada pertanyaan mengenai kesan femur length janin yang tidak normal. Saya penghidap GDM (control diet only) & tinggi saya 151cm dan berat 62kg serta kandungan berusia 35minggu 5hari.

Saya ada membuat scan di klinik swasta & kerajaan. Tapi pendapat doktor berlainan. Dimana doktor diswasta memberitahu femur length bayi dalam kandungan tidak normal (supposedly 35week tapi doktor memberitahu ukuran untuk 30weeks something). Manakala, doktor di klinik kerajaan memberitahu tumbesaran bayi dalam kandungan saya normal.

Soalan saya, adakah femur length yg tidak normal seperti garis panduan memberi kesan negatif terhadap fizikal & kesihatan bayi yg akan dilahirkan? Jika ya, apa permasalahan yang akan berlaku. Soalan saya seterusnya, adakakah sayanmempunyai cara lain untuk kembalikannya ke size normal? Dan keterangan doktor mana yang perlu saya percaya? Kerana saya sangat risau akan keadaan bayi dalam kandungan.

Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan ultrasound tanpa melihat imbasan tersebut sendiri.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda harus menghadiri temu janji di hospital untuk mengenalpasti punca sebenar ia berlaku. Untuk info lanjut, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.