Anonymous

4 years

Gerd n reflux yang teruk

Saya ada reflux teruk n gerd. Makan nexium 40mg selama 3month tp baru 3minggu dah rase pain upper…dada n belikat…try stop hr ni & ok tak ada rasa sakit but relfux pulak ada…saya perlu teruskan ubat or tukar ubat? Sblm ni makan pantoprazole but rase nafas xpuas…doc tukar nexium…ke perlu reduce ubat?appoinmnt lagi 4bulan…sy perlu advice

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, penyakit refluks dan GERD ialah masalah yang sama. Sakit dada serta pedih ulu hati akibat GERD kebiasannya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:

  • minuman berkafein seperti kopi
  • makan makanan pedas
  • makan sebelum tidur
  • berat badan berlebihan

Seharusnya, ubat tersebut berkesan untuk merawat masalah refluks dan GERD anda. Namun, jika ia masih lagi berterusan, anda harus berjumpa dengan doktor terdekat bagi mengatasi masalah anda.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

stroke-causes-punca-stroke

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.