Anonymous

3 years

Sakit jantung dan sukar tidur malam

Ayah saya berumur 62 tahun dan mempunyai penyakit jantung.ayah saya tidak boleh tidur setiap malam/ siang. Dah nak masuk 2 minggu lebih. Disebabkan kerana bahagian belakangnya berasa panas (dalaman shj) luaran tak rasa panas.apabila ingin membuang air besar ia tidak lawas. Dan berasa ingin membuang tapi hanya angin… sekarang dia mcm gelisah sebab tidak dapat tidur malam.

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perut berangin dan buang air tidak lawas, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
  • Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
  • Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
  • Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
  • kanser usus (ayah anda berusia)

Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:

  • tinggikan posisi kepala saat tidur
  • kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
  • kurangkan makanan pedas
  • bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
  • elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
  • berhenti merokok

Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

yuris-alhumaydy-mSXMHkgRs8s-unsplash-2

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.