
Sulit
4 tahun
Isteri mengadu sakit dada dan badan rasa letih
Hi. Isteri saya mengadu sakit dada dan lemah badan. Jadi soalan saya, adakah perlu terus ke klinik kesihatan untuk swab test atau macam mana sebenarnya prosedure dia? Kena call kkm datang ke rumah ke macam mana saya betul tak tahu. Ke sakit wife saya ni biasa biasa saja? Saya takut terkena anak saja. Kami ada anak usia 2 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada lelaki muda biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai dibawah
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.