
Sulit
5 tahun
Masaalah ketegangan dan susah klimaks
sy mengalami masalah ketegangan yg lemah…lambat tegang walau diransang,pada satu ketika akan tegang tetapi sangat lambat untuk klimaks/pancut bila bersama,terasa seperti ada tersumbat di saluran tempat keluar mani hingga menyebabkan lambat pancut/klimaks…,ada seperti rasa yg kurang selesa saat ejakulasi…morning wood tiada masaalah,kencing tiada masalah,sy perasan zakar seperti membengkok ketika separa tegang dimana tidak pernah terjadi sebelum ini…
-lambat untuk mengeras
-lambat klimaks walaupun zakar dalam keadaan mengeras maksimum
-rasa sesuatu yg di hujung zakar ketika kencing kadang kala
- rasa sakit sedikit saat ejakulasi/klimaks…
sangat lama utk klimaks ketika onani
-zakar tidak mengeras lama
-sy tiada masalah kesihatan darah tinggi,kencing manis atau apa2 penyakit hasil ujian kesihatan
ada keluar cecair lendir jernih kadang kala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, susah tegang dan susah klimaks adalah juga dikenali sebagai mati pucuk. Mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, bagi lelaki usia muda beberapa masalah utama yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah psikogenik, endokrin dan akibat ubatan. Sebaiknya tuan mendapatkan nasihat doktor dan berbincang masalah yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubatan zakar seperti Viagra. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas diatasi dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.