
minatan612
5 tahun
Masalah pancutan pra mayang (PE)
Saya berusia 44thn dah telah berumah tangga. Saya juga menghidap pengakit darah tinggi yang dah agak lama. Abtara ubat yang perlu diambil setiap hari adalah amlodipine 10mg, perindopril 8mg,simvastatin dan miliaspirin(ubat cair darah).
Semenjak saya mengambil ubatan ni, saya rasa masa untuk ‘bersama’ dengan isteri semakin cepat. Saya cepat pancut dan ini menyebabkan hubungan kami dalam keadaan yang tidak harmoni. Adakalanya saya berasa takut untuk tidur bersama isteri saya, bimbang sekiranya kami ‘bersama’ masalah ini akan terjadi dan selalunya akan menyebabkan salah seorang dr kami akan berkecil hati.
Bermacam ubat saya dah cuba untuk mengatasi masalah ni sama ada dalam bentuk sapuan atau tablet tapi masih gagal.
Adakah perkara ini berkaitan dengan masalah kesihatan yang saya hadapi dan bagaimanakah jalan penyelsaian yang perlu diambil.
Harap dapat jawapan dari pihak doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, ejakulasi pramatang dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, penyakit kronik yang tidak terkontrol seperti diabetes, darah tinggi dan kolestrol yang tidak terkontrol boleh menyebabkan banyak komplikasi dan antaranya adalah mati pucuk. Sebaiknya tuan mendapatkan nasihat doktor dan berbincang masalah yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubatan lain seperti Viagra. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas terkontrol dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.