Sulit
5 tahun
Masalah sakit perut ketika haid
Saya berumur 23 tahun, saya mengalami sakit perut yang berpanjangan. skala Sakit perut saya kadang sampai tahap 8/10 dan most of the time 4-5/10. Saya sedang haid, tapi darah haid saya tidak sebanyak yang biasa. Sebelum darah haid saya keluar, dalam 3/4 hari ada diacharge yg bercampur dgn darah. Baru-baru ini saya ada masalah keputihan yang banyak dan kekuningan tapi tidak berbau dan alat sulit saya tidak berasa gatal. Saya suda pernah melakukan hubungan seks dgn suami saya sejak awal tahun lepas. namun ini adalah pengalaman pertama saya menghadapi masalah ini. Saya merasa sakit perut saya di bahagian bawah pusat dan kadang kadang sakit itu terasa hingga ke bahagian anus.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Keracunan makanan
Manakala bagi masalah keputihan anda, ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
*HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV) - Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































