Sulit
3 tahun
Masalah zakar tak berapa ketas ketika melakukan seks
Saya berumur 57 tahun dan dah hampir setahun makan ubat darah tinggi dan lbh kurang 6 bulan mkn ubat kencing manis. Saya dapati dalam dua bulan kebelakangan ni zakar saya tak berapa keras dan sukar untuk penetrate. Kalau boleh pun tak lama akan kendur semula. Mohon domtor bg cadangan ubat yang sesuai atau rawatan yg paling berkesan untuk mengatasi masalah ini. Sebelum ini biasanya saya melskukan hubungan seks dalam 1-2 kali seminggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, susah tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya tuan mendapatkan nasihat doktor dan berbincang masalah yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubatan zakar seperti Viagra. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas diatasi dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.