
Sulit
5 tahun
Sakit dada dada seperti mencucuk dan kadang2 terasa seperti otot krem.. rasa seperti ngilu di bahagian dagu
Sy seorang lelaki berumur 26 thun… sejak sebulan lepas sy rasa dada kiri sy kurang selesa… rasa mencucuk dan kadang2 rasa otot dada krem… sakit yg tidak lama… hanya 5-10 minit shj… tp berlaku secara kerap… smpai sekarang rasa tu seperti sudah merebak ke dada kanan dan tgh2 dada… kali pertama sy kena sebulan lepas ketika tengah memandu,badan sy tiba2 rasa kebas dan jantung berdebar,tp sakit dada tidak kuat… sy terus ke hospital terdekat utk buat pemeriksaan jantung… keputusan jantung sy ad sedikit laju… tp lepas ambik darah doktor ckp jantung sy tiada masalah… darah ok… cuma doktor ckp mgkin gastrik… smpai ke hari ni,dah 3 hospital sy pergi utk buat pemeriksaan . dan ketiga tiga hospital ckp jantung sy ok… cuma diberi ubat gastrik dan tahan sakit shj… yg membuatkn sy risau sakit tu tidak hilang wlaupun dh diberi ubt dr ketiga tiga hospital td… jd sy nk kepastian apakah penyakit sy sebenarnya doktor… adakah betul sakit sy tiada kaitan dgn jantung…? Mohon penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada lelaki bawah 35 tahun adalah jarang disebabkan oleh masalah jantung. Hal ini kerana, pada usia bawah 35 saluran darah jantung masih terlindung daripada kerosakan. Oleh itu, sakit dada pada lelaki muda biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti dibawah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantungataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera. Namun, jika hanya berdasarkan keterangan disini, adalah sukar untuk kami menentukan apakah ada kaitan dengan jantung ataupun tidak memandangkan hasil pemeriksaan jantung seperti lembar ECG tidak tersedia.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.