
Anonymous
5 tahun
Sakit dada or jantung, kepala berterusan, sakit perut berterusan
Saya sudah pergi hospital tdy 5jam sy tunggu dh check simple air kencing darah semua… Ty doktor to boley ckp tkde ape2… Tpy die kta tekanan darah sy tinggi… Tpy sy balik rmh still sakit lagi… Boley bantu sy mcm mna nk atasi masalah mcm ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan satu persatu semua keluhan dan gejala anda seperti berikut:
- Sakit dada: dada kiri atau kanan atau tengah, rasa mencucuk atau ditimpa benda berat, menjalar sampai mana, ada sesak nafas ataupun tidak, bila sahaja sakit timbul
- Sakit perut: di bahagian mana kiri kanan atas bawah, rasa mencucuk atau bagaimana, hilang timbul atau menetap, bagaimana dengan buang air kecil dan buang air besar seminggu terakhir, pemakanan anda, apakah pernah didiagnosis dengan gastritis
- Sakit kepala: di bahagian dahi kanan kiri belakang tengkuk, sifat sakit; apakah mencucuk atau berdenyut, adakah rasa sakit belakang mata, apakah ada rasa silau, apakah rasa sensitif terhadap bunyi, apakah membaik setelah diberikan painkiller, apakah terdapat mual, muntah ataupun pingsan dan lain-lain
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih