
Sulit
4 tahun
Sakit dada. perut. tulang belakang dan bahu
hai doc. saya ada masalah dada yang sakit, perut memulas, tulang belakang serta bahu sakit. lepas buat pemeriksaan saya didapati mempunyai radang hati kerana batu hempedu. dan baru baru ni saya telah melakukan pembedahan membuang hempedu dan batu. tetapi baru 5 hari saya merasakan kembali sakit yang sama. saya telah di bekalkan ubat gastrik dengan tahan sakit. tetapi ubat itu langsung tidak memberi kesan kepada saya. malah saya rasa semakin sakit dan sukar untuk bagun. tempat pemebedahan pula telah kering dan tidak ada rasa sakit lagi. saya boleh bergerak macam biasa tetapi jika sakit perut dan dada kembali saya tidak mampu untuk bagun dan rasa sangat lemah, penat dan mual. masa pemeriksaan di hospital doc telah melakukan ecg kepada saya kerana saya mengeluh sering merasakan sakit bahagian dada. namun tiada apa yang di katakan. saya menganggap mungkin semuanya adalah normal. saya telah melakukan xray. ultrasound, ct scan dan skop tetapi doc cuma detect batu hempedu. pada pandangan doc adakah saya mempunyai sakit lain? kerana selepas pembedahan saya teruk merasa sakit yang sama sebelum pembedahan . terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi