
Sulit
4 tahun
Saya menghadapi Masalah ereksi, mengekalkan ereksi ketika melakukan hubungan seks dan juga ejakulasi awal
Saya berumur 40 tahun. Saya ada masalah ereksi dan tidak dapat mengekalkan ereksi semasa melakukan hubungan dengan pasangan. Juga saya menghadapi masalah ejakulasi awal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah ereksi. Untuk makluman anda, masalah tidak dapat mengekalkan ereksi juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Masalah-masalah diatas ini adalah masih reversibel dan boleh dibaik pulih sekiranya masalah dasar diatasi. Manakala masalah ejakulasi pramatang dapat disebabkan oleh beberapa perkara:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- Hubungan baru
- terlalu banyak rangsangan
- stres hubungan
- kebimbangan
- perasaan bersalah atau kekurangan
- kemurungan
- isu berkaitan kawalan dan keintiman
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah