
maeke.ma
5 tahun
Zakar kurang tegang dan cepat pancut
Saya berumur dlm lingkungan 37 thn dan mengalami masalah zakar kurang tegang dan cepat pancut ketika bsama isteri…dan lebih teruk selepas pancut zakar terus lembik dan tak dapat ereksi balik…semasa bersama saya terasa sangat nyilu pada bahagian kepala zakar dan x dapat mengawal ejakulasi saya…apakah yang harus saya lakukan dan apakah jenis rawatan yang perlu utk mengatasi masalah saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, susah tegang dan susah klimaks adalah juga dikenali sebagai mati pucuk sementara cepat pancut adalah ejakulasi pramatang. Kondisi ini dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya tuan mendapatkan nasihat doktor dan berbincang masalah yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubatan zakar seperti Viagra. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas diatasi dan dirawat dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.