Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada kanan ketika mengiring ke kanan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 19, 2020 12:36 PM

Sulit 38 hari

Hi doktor, saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami sakit dada kanan hanya apabila saya tidur mengiring ke kanan. Ketika ketawa juga sakit dada kanan akan menjelma. Sakit dada kanan juga saya rasai ketika saya bersenam tempoh hari. Namun, sakit didada kanan tidak kerap muncul. Apa yang perlu saya amalkan bagi mengurangkan sakit ini?

Dr Sashini Seeni 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:

  • Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
  • Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
  • Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang

Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:

  • Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
  • Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
  • Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
  • Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berairbiasanya akibat masalah jantung
  • Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.

Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 12:36:57 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Sukar nak tarik nafas panjang dan kadang-kadang rasa nyeri di dada sewaktu menarik nafas Salam sejahtera doktor. Saya seorang perempuan berumur 23 tahun. Akhir-akhir ini saya kerap merasakan sakit kepala, tak selesa di bahagian perut dan juga susah nak tarik nafas panjang. Kadang-ka… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sakit dada tengah dan kerongkong rasa kering Saya seorang ibu yang baru melahirkan 5 bulan lepas…saya berasa tidak selesa pada bahagian dada tengah selama 4 hari tetapi hanya beberapa minit sahaja dan sekarang saya merasa kerongkong sya se… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Sakit dan ketidakselesaan pada dada kanan hi doktor . saya wanita berusia 30thn . kebelakangan ini sy merasakan ketidakselesaan pada dada kanan d atas payudara . kadang sampai ke bahu dan ketiak . ketidakselesaan itu muncul sebelah mala… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Dada sakit ditempat yang dibedah untuk pintasan jantung saya telah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 13 disember 2019 di IJN, setelah hampir setahun, saya masih terasa sakit terutamanya dibahagian yang dibedah Baca lagi...
19 hari
Sulit
Kerap rasa berdenyut di dada Saya kerap rasa berdenyut di kiri dada, kadang2 di kanan dada. saya telah check di klinik dan ECG, kata doctor hanyelah gastrik angin… masalahnye agak kerap juga berdenyut di kiri dada. kenapa y… Baca lagi...
2 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!