Anonymous

3 years

Berkenaan Window Period Hiv

Hai Dr, saya pernah membuat hubungan sex kira-kira 3 tahun lepas pada bulan 7/2018 (from last sex) dan bulan 12/2018 membuat ujian hiv rapid test di klinik kerajan status non reactive, kemudian saya buat pula di bp lab ujian hiv (ab/ag) pada 12/2020 status status non reactive. Adakah windows period masih terpakai 3-6 bulan? Adakah kemungkinan akan berlaku jangkitan setelah beberapa tahun ?(sudah berhenti melakukan sex) Saya masih ragu-ragu dengan keputusan dan ada anxiety tentang kesalahan pada masa lalu. Adakah keputusan saya conclusive Dr?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda risau mengenai jangkitan HIV. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, window period merupakan masa yang diambil untuk mengesan jangkitan HIV dari tarikh pendedahan kepada virus. Window period ini adalah berbeza mengikut ujian yang dijalankan. Namun, kebanyakkan ujian pengesanan HIV akan menunjukkan keputusan tepat sekiranya diambil selepas 3 bulan dari tarikh pendedahan virus. Memandangkan keputusan ujian anda yang dilakukan pada 12/2018 dan 12/2020 menunjukkan keputusan non-reactive, anda tidak dijangkiti HIV. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan ujian anda dengan lebih terperinci. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

humberto-chavez-FVh_yqLR9eA-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.