Anonymous

2 years

Infeksi human infection virus(HIV)

hai. saya ingin bertanya kpd doktor. saya kurang faham tentang infeksi dan tanda tanda hiv. Mungkin lagi faham dari sumber sumber internet.terima kasih

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba menjelaskan mengenai HIV.

HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah satu retrovirus yang boleh menyebabkan penyakit AIDS (Acquired Immunodefiency Syndrome) sekiranya ia tidak dikawal. Sehingga kini, tiada rawatan yang mampu menyingkarkan virus ini sepenuhnya daripada badan, tetapi apabila rawatan yang sedia ada diambil, virus HIV boleh dikawal daripada merebak. Secara umumnya, virus ini akan menyerang sistem imuniti badan dengan mengurangkan sel CD4 ( Sel T) dalam badan dan menjadikan individu yang dijangkiti virus ini lebih cenderung mendapat jangkitan lain ataupun kanser.

Virus ini boleh disebarkan melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik yang melibatkan kontak dengan cecair badan seperti air mani, darah atau susu ibu. Namun, ia tidak boleh merebak melalui air liur, air mata, air kencing dan peluh. Virus ini juga boleh disebarkan kepada anak dalam kandungan melalui ibu.

Antara gejala awal HIV adalah seperti berikut :

  • Demam menggigil
  • Ruam
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Kebengkakan pada kelenjar
  • Ulser mulut

Sekiranya, anda mempunyai gejala seperti yang disenaraikan di atas, tidak bermakna anda mempunyai HIV kerana gejala tersebut boleh disebabkan oleh perkara lain juga. Bagi mendapatkan diagnosis HIV, doktor akan mengambil sejarah perubatan secara mendalam dan seterusnya menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah.

Seperti yang dimakluman, HIV tidak boleh dirawat sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan ubat HAART (Highly active antiretroviral therapy).

Ini adalah jawapan yang ringkas mengenai HIV. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda.

Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

lesly-juarez-1AhGNGKuhR0-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.